Pages

Monday, February 2, 2009

Bicara Herba: Khasiat Cekur

Kali ini saya ingin berkongsi tentang rahsia cekur dengan pembaca sekalian. Cekur berbentuk seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Sering kali dijadikan perencah dalam hidangan masakan Melayu seperti ayam masak pecal. Bagi mereka yang sering menghidapi sakit perut, rebus beberapa biji cekur, dan minum airnya. Kalau malas nak rebus, kunyah saja cekur yang muda.
Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, cekur yang dicampur dengan air asam dan diminum selama dalam pantang, berkhasiat untuk mengempiskan perut. Manakala bagi ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu badan, bolehlah mengamalkan pemakanan cekur yang dicampur dengan kunyit dan pucuk betik untuk menambah susu badan. Tapi awas...! Rasanya amat pahit bagi yang tak suka makan herba. Selamat mencuba...

2 comments:

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Saya amat gemar ulam cekur, dan ditanam di dalam pasu di rumah saya. Info ini amat bermanfaat kepada saya...Terima kasih. Saya telah "copy" dan "save" artikel yang berkaitan dengan Bicara Herba. Teruskan usaha Azura!

zura halid said...

Terima kasih atas motivasi ini. Usaha ini akan diteruskan. Insya-Allah.