Pages

Thursday, March 12, 2009

Bicara Herba: Penawar Jaundis

Kebelakangan ini aku sering dihujani dengan pertanyaan tentang penawar jaundis. Mentang-mentanglah aku baru melahirkan anak ke-3, semua pertanyaan tentang bayi baru lahir ditujukan kepada aku.
Jaundice atau jaundis adalah demam kuning yang sering menyerang bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir boleh diserang jaundis selepas 24 jam kelahirannya. Kadang-kala jaundis menyerang bayi pada minggu pertama atau ke-2 kelahirannya. Semua bayi berpotensi mendapat jaundis, apatah lagi kepada bayi pramatang. Setakat yang aku tahu, jaundis berlaku apabila bilirubin (pigmen yang berwarna kuning) berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuning-kuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, darah akan menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing (dah macam doktorlahh pulak aku ni...).

Perlu diketahui, jika bayi ditahan di wad kerana jaundis, doktor tidak akan memberi sebarang ubat kepada bayi. Yang mereka lakukan ialah meletakkan bayi di bawah cahaya ultra biru dengan suhu yang tertentu sepanjang hari, dengan mata yang tertutup. Anda akan rasa terseksa apabila bayi anda diseksa. Pada masa yang sama, jururawat akan mengambil darah bayi (2-3 kali sehari), dengan mencucuk urat tangan atau kaki bayi. Jarum yang tajam itu dengan zalimnya akan ditusuk ke dalam urat bayi untuk mengambil bacaan darah. Bayi akan meraung sekuat hati. Awas! Jika jururawat pelatih yang melakukannya...bayi anda pasti akan lebih terseksa!!!

Bagi mengelakkan bayi anda dizalimi oleh pihak hospital, berusahalah dengan cara konvensional. Caranya amat mudah. Ambil daun inai (lagi banyak lagi elok), kemudiaan direbus dan ditapis. Air rebusan inai itu dicampurkan dengan air mandi bayi. Air mandian itu akan berwarna kuning. Amalkan pada setiap kali memandikan bayi.

Cara kedua, ambil kayu ubi kayu (kayunya bukan ubinya). Hiriskan kulitnya (buang kulit), potong sejengkal (jadikan beberapa jengkal), rebus kayu ubi dan airnya digunakan untuk mandian bayi.
Cara ketiga, campurkan halba ke dalam tab mandi bayi ketika bayi dimandikan (tidak perlu direbus). Air tersebut juga akan menjadi kuning, tetapi tidak berbau. Lakukan sejak bayi lahir, walaupun belum ada tanda-tanda bayi diserang jaundis. Ingat...bayi lelaki lebih berpotensi mendapat jaundis.

5 comments:

Iza Zulkifli said...

kalau dah terkena jaundis, still leh guna cara yang sama ke?

zura halid said...

Salam Intan...kalau baby dah kena jaundis, cara yg pertama dan ke-2 lebih afdal. Cara ke-3 tu, perlu diamalkan sebelum terkena.

*psstt...gempak seeehh..kek beday tu!

Iza Zulkifli said...

ooo..anak sedara aku lahir sabtu last week, kena jaundis..masuk spital. tp dah kuor, alhamdulillah.

hehe..ko nampak kek dulu baru nampak komen aku ek :D

zura halid said...

Untuk pengetahuan, baby yg kena jaundis, yang menggunakan kaedah di hospital, perlu menjalani ujian pendengaran kerana, ultra biru yg panas itu...akan mengganggu sistem pendengaran baby. Pastikan anak sedara kau dh melalui ujian ini.

*psstt...kek lapis boleh jadi kek beday tak??? Aku tahu kau kreatif!

Iza Zulkifli said...

boleh aje kek lapis jadi kek besday. kita yg buat dia kan..bukan dia buat kita. hehe.. tp masalah problemnya, aku x pernah buat kek lapis lagi :D